Lawatan Penilaian Akreditasi ETAC

Lawatan Penilaian Akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) Program DGS, IKM Johor Bahru telah dilaksanakan pada 12 - 13 Januari 2021. Seramai 4 panel terlibat sepanjang penilaian dilakukan.

Mesyuarat Pembukaan dipengerusikan Pengarah IKM Johor Bahru, Ts Dr Hj Mohd Nawawi bin Omar


Pada hari pertama lawatan, panel melakukan semakan kurikulum bersama Ketua Program, Tn Hj Zabhin bin Mohd Arbai dan menebual pensyarah - pensyarah DGS berkaitan pelaksanaan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain temubual, panel juga melawat dan menilai fasiliti di bengkel DGS.

Tn Hj Zabhin bin Mohd Arbai membentangkan maklumat korporat Program DGS


Lawatan penilaian fasiliti Bengkel di Program DGS


Berikutan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negeri Johor bermula 13 Januari, panel penilai membuat penilaian dan temuduga secara atas talian pada hari kedua. Sesi ini melibatkan temubual bersama pelajar, alumni, Industry Advisory Panel dan External Examiner.

Sesi tembual bersama pelajar DGS secara atas talian


Mesyuarat penutup berlangsung sekitar jam 4.30 petang. Laporan penilaian akan diketahui dalam tempoh sebulan dari tarikh penilaian. Semoga Program DGS ditauliahkan akreditasi penuh.


0 Comments

Newest