Keperluan Perundangan

Keselamatan dan keboleharapan system perpaipan gas atau sistem retikulasi dalam premis bukan industri adalah di bawah kawalan Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501) dan Peraturan – Peraturan Bekalan Gas 1997, di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga (ST). Akta 501 mengawalselia sistem perpaipan gas asli hiliran dari stesen pintu kota atau perpaipan gas petroleum cecair (GPC) daripada tempat pengisian tangki pukal atau silinder hingga ke peralatan atau perkakasan pengguna.

Gas di definasikan sebagai metana, etana, propane butane atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih gas yang di nyatakan dalam bentuk gas atau cecair.

Rekabentuk, pemasangan, pengoperasian dan penyelenggaraan sistem perpaipan gas hendaklah mengikut Peraturan – Peraturan Bekalan Gas 1997 seperti yang di tunjukkan dalam rajah


Kekompetenan kakitangan teknikal dan kontraktor yang merekabentuk, membina,menyelenggara atau mengoperasikan sistem perpaipan gas adalah di bawah Akta 501, melalui kaedah pendaftaran kekompetenan.


ST akan mengeluarkan Approval to Install (ATI) kepada kontraktor sebelum memulakan kerja pepasangan dan Approval to Operate (ATO) selepas ia lengkap dan sedia untuk beroperasi. Semua lukisan kejuruteraan, pengiraan, perakuan siap dan ujian yang di sahkan orang kompeten perlu di kemukakan untuk tujuan pengeluaran kelulusan.


Pepasangan dan pengoperasian hendaklah mengikut piawai yang telah di tetapkan iaitu

  • Piawaian Malaysia
MS 830 – Koda amalan untuk penyimpanan, pengendalian dan penghantaran gas petroleum cecair ( koda ini merangkumi aspek rekabentuk, pembinaan, pengendalian dan lokasi penyimpanan GPC dan perpaipan sehingga ke alatatur peringkat pertama)

MS 930 – Koda amalan untuk pemasangan system perpaipan gas dan peralatan – peralatan ( koda keselamatan yang berkaitan system peprpaipan gas dan peralatan dari paip keluaran alatatur peringkat pertama (untuk GPC) atau dari meter pengguna (untuk gas asli) ke peralatan pengguna)
  • Piawaian ASME
American Society of Mechanical Engineers (ASME) B31.8 – system paip penghantaran dan pengagihan gas ( merangkumi rekabentuk, pembinaan, pepasangan, pemeriksaan, pengujian dan aspek keselamatan untuk kerja pengendalian dan penyelenggaraan system penghantaran dan pengagihan gas, termasuk dari paip gas utama sehingga ke meter pengguna)


Aspek keselamatan dan pepasangan paip gas di premis yang didefinasikan sebagai kilang oleh Akta Kilang dan Jentera 1967 (Act 139) adalah tidak termasuk dalam skop akta 501. Ia adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Rujukan : Suruhanjaya Tenaga || Panduan Sistem Perpaipan Gas Domestik

0 Comments