Konfigurasi Sistem Perpaipan Gas

Sistem Perpaipan LPG (Liquefied Petroleum Gas)


Komponen - komponen utama sistem adalah
- Tangki simpanan
LPG di simpan di premis pengguna dalam pengandung tekanan (bagi sistem tangki pukal [bulk tank storage]) atau dalam silinder yang di pancaronggakan bersama (manifold system). Tekanan rekabentuk bagi tangki silinder biasanya 1725 kiloPascal (kPa) ataupun 250 psig. Tangki simpanan pukal boleh di pasang menurut salah satu susunan di bawah:

  • atas tanah - tangki pukal di pasang di atas permukaan tanah
  • bawah tanah - tangki pukal di tanam sepenuhnya di dalam tanah
  • timbusan - tangki pukal di timbus sepenuhnya di atas permukaan tanah
- Talian paip penghantar atau perkhidmatan
Talian ini biasanya untuk menghantar wap LPG daripada tangki simpanan ke peralatan gas. Alat pengewap kadangkala di pasang berhampiran dengan tangki untuk mengewapkan cecair LPG kepada wap sebelum alat pengatur tekanan pertama. Kaedah ini di gunakan pada sistem pengeluaran cecair.


Pengatur tekanan di pasang di sepanjang talian untuk menurunkan tekanan wap ecara berperingkat. Pengurangan biasanya di lakukan 2 kali untuk meningkatkan tahap keboleharapan dan keselamatan supaya tekanan perpaipan gas di dalam bangunan dapat dikurangkan kepada tidak melebihi 5 psig.


Sistem Perpaipan Gas Asli


Gas asli di hantar dari loji pemprosesan gas ke stesen pintu kota melalui talian penghantaran. Tekanan akan di kurangkan di stesen pintu kota sebelum di agihkan sampai ke peralatan pengguna.


Tekanan gas dalam talian paip penghantaran di kurangkan di stesen pintu kota ke lingkungan 250 - 300 psig, dan seterusnya di stesen daerah kepada 60 psig. Tekanan di kurangkan lagi di stesen kawasan dalam kawasan perumahan sekitar 0.5 psig sebelum memasuki bangunan untuk retikulasi seterusnya ke peralatan gas.


Rujukan : Suruhanjaya Tenaga || Panduan Sistem Perpaipan Gas Domestik

2 Comments

  1. ni masuk dalm exam dan final test ni jngn tak baca lak warga student gas huhuhu...-que-

    ReplyDelete
  2. baru aku tahu...

    manifold system dlm bm = pancaronggakan bersama

    ReplyDelete