Lawatan dan Audit Pentauliahan Program DGS

12 September 2019 - Unit Kekompetenan Gas, Jabatan Kawal Selia Keselamatan, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengadakan lawatan dan audit pentauliahan ke program Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS), Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.

mesyuarat pembukaan audit st - ikmjb 2019

Kehadiran ST diwakili oleh En. Azlan Bin Mohamed Nor dan En Zahida bin Ismail. Audit ini adalah sebagai agenda tahunan ST-IKMJB, bagi memantau perjalanan dan pencapaian kursus DGS - sebagai pusat bertauliah Orang Kompeten Gas Jurugegas Gas Kelas 1.

suruhanjaya tenaga - gas
En Azlan bin Mohamed Nor

suruhanjaya tenaga - gas
En Zahida bin Ismail

Antara perkara yang dibincangkan semasa audit adalah seperti berikut:
  • pengambilan pelajar
  • tenaga pengajar / pensyarah
  • silibus dan kurikulum
  • latihan - bahan latihan dan peralatan
  • soalan peperiksaan; panel penggubalan soalan peperiksaan

Mesyuarat pembukaan dipengerusikan oleh Pengarah IKMJB, En Marzuki bin Mahamad Radzi. Dalam ucapan pendahuluan, beliau optimis usahasama IKMJB-ST yang berterusan bakal memanfaatkan lebih ramai lagi graduan bumiputera dalam bidang kemahiran gas.

Kami (IKMJB) yakin boleh melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kompeten dalam bidang gas, modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai - nilai keusahawanan.

Bagi memastikan peratus graduan DGS memohon orang kompeten gas adalah tinggi, ST mencadangkan supaya temuduga orang kompeten gas - Jurugegas Gas Kelas 1 dilaksanakan secara berpusat sebaik sahaja pelajar tamat latihan industri. IKMJB menyambut baik cadangan tersebut dan menawarkan IKMJB sebagai pusat temuduga. Walaubagaimanapun, pelaksanaan temuduga ini akan diperincikan kelak.

taklimat ST bersama pelajar semester 5

Sebelum bersurai, ST memberikan penerangan ringkas kepada pelajar Semester 5 berkaitan prosedur yang perlu dipatuhi semasa latihan industri dan suasana pekerjaan dalam bidang gas.

0 Comments