Jamuan Akhir Semester

Sesi Jan - Jun 2011 melabuhkan tirainya. Adat orang merantau, ada pertemuan dan perpisahan. Justeru, dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, pelajar DTM Gas telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Semester pada 1 Jun, sempena perpisahan pelajar Semester 5 yang akan menjalani latihan industri tidak lama lagi.


Jamuan ini di hadiri oleh pengajar DTM Gas dan beberapa pengajar lain termasuk wakil pengurusan. Majlis di langsungkan secara sederhana tetapi meriah. Antara menu untuk majlis tersebut ialah mee hoon goreng, ayam dan kambing barbeku serta sosej.


Kami berbesar hati dapat belajar di sini, dan kami berbangga menjadi warga IKM khususnya DTM Gas - Zainal Abidin
barbeku ayam


barbeku kambing

Ketua Kursus, En Wan Jazlan Zuhairi, dalam ucapannya berkata beliau mendoakan kejayaan anak - anak didiknya serta mengingatkan tanggungjawab belum selesai dan perlu sentiasa memperbaiki dan memajukan diri.


Saya harap kamu semua terus belajar. Di sini kamu di bimbing, dan di luar sana kamu hanya berdiri dengan kaki sendiri. 


Majlis tamat sekitar jam 11 malam. Kerjasama antara pelajar menjadi kunci kejayaan majlis ini dan di lihat ia sebagai satu cara untuk merapatkan silaturrahim antara pelajar dan pengajar tidak kira semasa berada di IKM atau di luar kelak.



0 Comments