Pasukan Bola Sepak DTMG

Setiap semester, Badan Sukan Pelajar (BSP) IKM Johor Bahru akan mengadakan pertandingan di antara kursus. Beberapa acara sukan telah di pilih dan pastinya sukan popular seperti bola sepak akan menjadi tumpuan.

Pasukan bola sepak DTMG telah di bentuk sejak awal semester, dan penglibatan pelajar dalam program yang telah di rancang amat menggalakkan. Setakat ini, seramai 20 pelajar telah di kenalpasti untuk berada dalam skuad, dan bersedia untuk mewakili pasukan DTMG.

Komitmen dan disiplin merupakan 2 perkara yang penting. Setiap petang, pemain akan menjalani latihan, samada untuk latihan kecergasan, dan juga latihan teknikal dan taktikal. Semua ini adalah untuk pemain menyesuaikan diri dari segi persefahaman, penentuan posisi dan perancangan taktikal.

Melihatkan kesungguhan yang di beri, padinno bersetuju untuk memberi sedikit tajaan berupa sebiji bola, dan juga sebahagian daripada harga jersi baru. Pihak pengurusan mengharapkan dengan adanya jersi baru, sedikit sebanyak menaikkan semangat pemain untuk berjaya.

Ini hanya permulaan. Kalau anda berjaya, ganjaran lain akan menanti anda - padinno

skuad bola DTMG


Pihak pengurusan berharap, skuad DTMG akan berjaya untuk Sukan Pelajar - Bola Sepak yang akan berlangsung tidak lama lagi.

2 Comments