Lawatan ke Gas Malaysia Cawangan Selatan

25 Oktober - Diploma Teknologi Mekanikal Gas (DTMG) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Gas Malaysia Sdn Bhd (Selatan). Seramai 29 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 4 dan 5, di iringi oleh 2 orang pengajar terbabit dalam lawatan tersebut.


Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar - pelajar tentang stesen - stesen gas yang terdapat di industri sebenar, termasuklah stesen ibu kota, stesen daerah dan stesen servis, sekaligus menyempurnakan silibus bagi subjek DMG 5433, Gas Distribution System.


Kumpulan lawatan telah di bawa ke stesen ibukota di Tanjung Langsat. Penerangan yang terperinci tentang sistem meter, pengatur tekanan serta stesen pembau memberikan info tambahan kepada pelajar - pelajar. Namun begitu, terasa sedikit kekurangan kerana stesen ibu kota tersebut belum lagi beroperasi sepenuhnya.


Kami juga turut di bawa ke salah satu syarikat yang menggunakan perkhidmatan Gas Malaysia, iaitu VanceBioenergy. Kami di beri penerangan tentang pengoperasian boiler, dan juga sistem stesen servis. Selepas tamat, kami di bawa ke ibu pejabat GMSB untuk makan tengahari dan mendengar sedikit taklimat ringkas, yang di berikan oleh Addie Huzaimi, Sales & Marketing GMSB.


Secara keseluruhan, lawatan ini sedikit sebanyak memberi input kepada pelajar tentang teknologi gas di dunia industri. Pengalaman lawatan ini menjadikan mereka lebih bersemangat dan lebih yakin untuk meneruskan pilihan kerjaya dalam bidang gas.


"Lawatan sebegini perlu di teruskan untuk masa akan datang, selain belajar di dalam kelas, praktikal di bengkel, apa salahnya pelajar di dedahkan dengan keadaan sebenar di industri" - Shazman, Sem 5

2 Comments

  1. xde pic gallery?
    satu je gambo kat cni?

    ReplyDelete
  2. semasa lawatan, tidak di benarkan untuk mengambil gambar..

    ReplyDelete