Sifat Gas Yang Di Paipkan

Dua jenis gas bahan api yang biasanya di bekalkan melalui sistem retikulasi berpaip ke pengguna adalah Gas Petroleum Cecair (GPC) dan gas asli. Komponen dan ciri - ciri gas yang memberi kesan keselamatan terhadap pepasangan di terangkan di bawah.


Gas Petroleum Cecair
  • GPC adalah campuran komposisi Propana (30 - 40%) dan Butana (60 - 70%) dan di simpan dalam bentuk cecair dalam tangki bertekanan, pada keadaan semulajadi, tidak berwarna dan tidak berbau.
  • GPC adalah lebih berat berbanding udara. Gas akan bergerak ke bawah atau tempat yang lebih rendah jika di lepaskan di udara
  • GPC akan di berikan pembau sebelum di agihkan untuk tujuan pengesanan sekiranya berlaku kebocoran
Gas Asli
  • sebatian hidrokarbon yang yang terdiri daripada Metana (lebih 90%)
  • Gas asli tidak di simpan di premis kerana sifatnya yang kompleks.
  • Gas asli lebih ringan dari udara, maka akan bergerak ke atas sekiranya di lepaskan ke udara
  • Gas asli juga di berikan pembau sebelum di agihkan kepada pengguna untuk tujuan pengesanan sekiranya berlaku kebocoran

Secara umum, keperluan keselamatan bagi merekabentuk, memasang dan menyelenggara sistem bahan bakar ini  di premis adalah sama, kecuali dalam beberapa aspek seperti yang tercatat berikut

  • Perbezaan takat didih membezakan cara bahan api ini di simpan. Gas asli di bekalkan kepada pengguna menerusi talian perpaipan, manakala sistem storan GPC boleh di simpan dalam tangki bertekanan.
  • Perbezaan gariviti tentu juga menyebabkan sistem keselamatan GPC lebih kompleks berbanding gas asli. Sebarang kebocoran GPC akan menyebabkan gas berkumpul di bahagian bawah/lantai maka sebab itu, sistem pengudaraan perlu di ambil kira semasa merekabentuk pepasangan sisten GPC di premis.
GPC dan gas asli adalah tidak toksid. Walaubagaimanapaun, sekiranya berlaku pembakaran tidak lengkap, gas karbon monoksida (CO) akan terbebas. CO merupakan "gas kematian" kerana keracunan akibat tersedut gas ini walau dalam jumlah yang kecil, boleh menyebabkan kematian.


Ciri - ciri yang di sebutkan di atas adalah penting dalam sistem pepasangan bahan bakar seperti GPC dan gas asli. Pemahaman yang mendalam boleh mengelakkan daripada berlaku sebarang kecelakaan yang tidak di ingini.


Rujukan - Suruhanjaya Tenaga || Panduan Sistem  Perpaipan Gas Domestik 

0 Comments