Pertandingan Arca : Energia Duduki Tempat ke-2

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59, IKM Johor Bahru telah mengadakan beberapa aktiviti dan pertandingan. Ini termasuklah aktiviti kawad kaki, #jomngeteh bersama KKLW, pertandingan mural, melukis poster dan membina arca bagi setiap program.

close up energia

Program DGS tidak ketinggalan menyertai kesemua aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini dibahagikan kepada kumpulan pelajar tertentu seperti

  • Kawad kaki - Semester 1
  • Melukis poster - Semester 2
  • Membina arca - Semester 3
  • Lukisan mural - Semester 4 

Projek membina arca dimulakan dengan mengumpul bahan terbuang samada di bengkel DGS sendiri atau diperolehi daripada outsource. Rekabentuk binaan arca adalah merupakan idea pelajar dan mendapat bimbingan daripada staf DGS.

prototype arca energia
Prototype arca : Energia

Projek arca ini mengambil masa hampir 2 minggu untuk disiapkan. Elemen yang digunakan dalam pembinaan rangka arca adalah menggunakan komponen sistem pepasangan perpaipan gas seperti meter gas, alatatur tekanan gas, pengukur tekanan, paip, fittings, flanges dan beberapa komponen lain. 

pemeriksaan kali terakhir
Pemeriksaan rapi sebelum diambil markah

energia : arca DGS
energia : Arca DGS

poster description energia
Poster deskripsi "energia"

team arca DGS
Team arca DGS

sesi permarkahan sedang dijalankan
Sesi permarkahan sedang dijalankan

sesi permarkahan tamat
Sesi permarkahan tamat

Keringat dan daya usaha Team Arca DGS telah membuahkan hasil apabila Pengarah IKM Johor Bahru mengumumkan "energia" menduduki tempat ke-2 kategori Arca dalam majlis Perhimpunan Bulanan (September) IKMJB. Naib johan kategori ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM70.

Ada api ooooo......

0 Comments