Persekitaran Berkualiti Amalan Cemerlang 5S

Institut Kemahiran MARA Johor Bahru (IKM JB) telah mendapat pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (2013) dan mendapat pembaharuan pensijilan pada 28 April 2016.

DGS merupakan salah satu lokasi yang dilawati semasa audit dijalankan. Sepanjang lawatan, pihak MPC telah memberi 2 sticker amalan cemerlang iaitu Susun Atur Alatan dan Sistem Pengurusan Stor.

Amalan Cemerlang Susun Atur Alatan di substor DGS adalah merupakan kali ketiga berturut - turut semenjak dipersijilkan pada tahun 2013/14.

stor DGS


bengkel dgs


go green IKMJB


"Amalan cemerlang ini bukan terletak pada susun atur alatan sahaja, tetapi harus perlu menjadi budaya kepada setiap individu dalam organisasi" ujar En. Mohd Shahril sejurus audit dijalankan.

Diharapkan, amalan cemerlang ini dapat diteruskan supaya persekitaran sentiasa berkualiti dan sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.  

0 Comments