Kembara Gunung Dato', Rembau

25 - 27 Oktober 2013, sekali lagi kumpulan pelajar dari Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) telah mengadakan Kembara Gunung Dato', Rembau Negeri Sembilan. Kumpulan pertama telah menawan gunung tersebut pada 2-4 Januari 2010.

Kembara kali ini disertai oleh 36 orang pelajar dan di iringi oleh 2 orang pensyarah. Peserta melibatkan pelajar Semester 1,2 dan 3 yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Firdaus Bin Mohd Subki.

Program 3 hari 2 malam ini dirancang  untuk mencapai beberapa objektif, antaranya

  • mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan masyarakat luar
  • mengukuh dan menambahbaik disiplin ke tahap yang lebih baik
  • memupuk dan menyemai sikap tanggungjawab
  • melahirkan pelajar yang lebih terbuka dan berkeyakinan
"Saya lihat pelajar suka aktiviti sebegini, dan harap ada banyak lagi program seumpama di masa akan datang" ujar Sdr. Firdaus.









0 Comments