Salam Aidilfitri

Admin zongegas.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua tenaga pengajar dan pelajar DTM Gas. Di harapkan Syawal kali ini lebih membawa makna kepada anda semua.

Diharapkan kepada semua pelajar dapat menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh bercuti dan semoga selamat sampai ke institut pengajian pada tempoh yang telah di tetapkan.


Sebagai usaha untuk menceriakan blog ini seterusnya sebagai tujuan promosi, admin bersetuju untuk membuka peluang pelajar mendapat duit raya. Caranya mudah sahaja, ikuti 3 langkah mudah berikut.


  1. Tulis satu cerita ringkas (sehelai A4) yang bertajuk "Satu Hari Di Hari Raya"
  2. Emailkan kepada dtmgas.jb@gmail.com
  3. Tunggu keputusan dan terima duit raya.
Cerita yang asli, unik dan kreatif akan dipertimbangkan untuk mendapat duit raya dan akan disiarkan di dalam zongegas.com. Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mulakan menulis dan hantarkan penyertaan pada email tertera. Tarikh tutup penyertaan pada 7 September 2012.

Tiada unsur paksaan, cuma sekadar ingin berkongsi kisah raya pelajar - pelajar DTM Gas, pasti lebih menarik, bukan?