GOTONG ROYONG PERDANA

Aktiviti : Gotong Royong Perdana Sempena Kempen 5S
Tarikh : 25 Februari 2010
IKM JB telah mengadakan satu gotong royong perdana bagi menjayakan kempen amalan 5S. Semua individu terlibat dalam aktiviti ini yang melibatkan semua zon termasuk bengkel - bengkel, bilik kuliah, bilik pengajar dan zon - zon lain yang telah di tetapkan. Gotong royong bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 5.00 petang.
Aktiviti ini mensasarkan kesemua zon dapat melaksanakan sekurang - kurangnya 'S' yang pertama iaitu SISIH. Amalan ini dapat membuang sikap yang suka menyimpan barang yang tidak perlu. Secara umum, kegagalan melaksanakan SISIH akan menyukarkan untuk melaksanakan 'S' yang seterusnya.
Aktiviti secara menyeluruh ini memberi kesan yang besar kepada DTM Gas, kesan untuk perubahan yang lebih baik. Menyorot kepada pepatah, 1000 langkah untuk berjaya di dahului dengan langkah yang pertama. Aktiviti seperti ini sebagai permulaan untuk aktiviti yang akan datang di mana ia akan sentiasa berterusan bagi mencapai objektif ke arah persekitaran yang berkualiti.
Sebagai langkah kawalan, sebaik - baiknya amalan SISIH ini di lakukan setahun sekali secara beramai - ramai dan sekurang - kurangnya seminggu sekali secara individu. Ini dapat memastikan persekitaran sentiasa berkualiti, yakni tiada barang atau benda tidak perlu yang masih di simpan.
Bagi DTM Gas, zon di pecahkan kepada 24 item utama selain beberapa item merupakan seliaan bersama. Setiap item di beri hak ketuanan supaya ia lebih mudah di uruskan. Antara item yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
1. 12 meja/rak pengajar dan juruteknik
2. Bengkel paip 1, 2, 3
3. Bengkel dandang, peralatan gas, meter
4. Stor
5. Surau dan tandas
6. Landskap
7. Bilik gerakan, tayangan, pengajar

0 Comments