Pilihanraya MPP IKM Johor Bahru

25 Januari 2018 - IKM Johor Bahru telah mengadakan Pilihanraya Majils Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sesi Jan - Jun 2018. Seramai 30 orang calon bertanding bagi merebut 24 kerusi perwakilan.

Bagi program DGS, seramai 3 calon bertanding dan 2 daripadanya meraih undi tertinggi. Berikut merupakan gambaran semasa piliharaya berlangsung.

suasana piliharaya mpp ikmjb
Suasana pilihanraya MPP IKM Johor Bahru

Ucapan umum calon bertanding
Ucapan umum calon DGS yang bertanding

dewan mengundi
Dewan mengundi

mengundi secara dalam talian
Mengundi secara dalam talian

Pilihanraya kali ini menggunakan sistem undian dalam talian, menyokong usaha menjimatkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa untuk mengetahui jumlah undi. Peratus pelajar keluar mengundi 97.8% dan bagi program DGS peratus keluar mengundi adalah 100%.

Keputusan undian telah disah dan diumumkan oleh Pengarah IKM Johor Bahru, En. Marzuki bin Mahamad Radzi pada jam 11.30 pagi.


Calon yang berjaya adalah Sdr. Muhammad Khairul Azzuddin bin Mohd Zaidi dan Sdr. Syuraih Fawwaz bin Safruddin. Kedua - dua calon berada di Semester 3. Pihak pengurusan DGS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada calon dan diharapkan dapat menjalankan amanah sebaiknya.

2 Comments

  1. assalamalaikum
    banyak lagi yang x update blog ni..
    1) cara nk upload report project proposal dan final year project
    2) activiti explorace peringkat student DGS yang bru lepas.
    3) jawatankuasa kelab DGS yang baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.
      1. kaedah pelaksanaan upload PP dan FYP boleh dirujuk melalui surat edaran DGS Bil.1/2018 no rujukan OR596/18/1(1)

      2. Segala pelaporan aktiviti yang hendak di muatkan ke dalam blog bolehlah diemel ke dtmgasjb@gmail.com

      Terima kasih

      Delete