Lawatan ke Petronas Gas Berhad Segamat

Pada 26 April 2016 seramai 30 orang pelajar DGS dan 2 guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar di Petronas Gas Berhad Segamat.Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan tentang sistem kawalan di dalam talian penghantaran dan pengagihan Gas Asli (NG). Banyak pengetahuan yang telah diperolehi oleh pelajar yang mengikuti lawatan tersebut.

Lawatan ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Gas (GSS) yang dipimpin oleh saudara Mohd. Farid bin Hairan pelajar semester 4.

Program ini seharusnya diteruskan setiap tahun kerana memberi pendedahan tambahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar, disamping pendedahan kepada peralatan di dalam industri yang terkini dan canggih.-Mohd Farid bin Hairan 


0 Comments